Thursday 21 July 2011

cetusan hati: purdah?boleh tak saya nak pakai?


pandangan peribadi saya..
╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.ISLAM..•❤••❤•

alhamdulillah segala puji bagi Allah atas segala rahmat dan keberkatan yang diberikan olehNya kepada kita semua serta saudara islam muslimin muslimat yang rajin menjalankan ibadah demi mencapai keredhaanNya..teruskan jihad kalian dalam usaha mendapatkan keredhaanNya..insyaAllah dengan niat murni kita semua,segalanya akan dipermudahkan..cuma kita perlu bersabar atas segala dugaan serta ujian yang datang..tabah dan tekad dalam hati untuk terus istiqamah dalam beribadat kepada Allah.. apa yang penting niat..Allah tahu apa yang ada dan tersirat dalam hati hambaNya..kita mungkin boleh tipu makhluk tapi kita tak kan boleh tipu al Khaliq,pencipta kita..


nabi juga pernah bersabda: "innamal 'agmal lubinniat" ......amalan seseorang itu di tentukan oleh niatnya..
sebelum kita melakukan sesuatu, tanya kepada diri "kenapa aku lakukan ini?" dan pastikan apa yang kita lakukan itu di benarkan Allah..ayuh,wahai saudara seperjuanganku,betulkan niat dan ikhlaskan diri kerana Allah.. ucapkan dalam hati, "aku melakukan ini kerana Allah"..


 saya suka katakan pada diri sendiri,kalau nak brubah kearah kebaikan,lakukan saja..selagi tak gaggu orang..pedulikan apa orang kata atau pandangan orang..:-)buatlah apa yang kita mahu selagi masih ada kudrat..yakinlah Allah bersamamu..tapi kalau dah berubah tu,biarlah ikhlas, jangan ikut orang..apa yg kita buat dan pakai biarlah seiringan..yg penting niat dalam hati tiap2 hari "aku mahu menambah ilmu,keimanan dan ketaqwaan kerana Allah ta'ala"..insyaAllah Allah akan permudahkan semuanya..


...dan kita juga harus ingat kepada Allah dalam hati dalam setiap perkara yang kita lakukan..set dalam fikiran kita,"ALLAH BERSAMAKU TIAP KETIKA"..kalau inilah yang kita katakan pada hati kita tiap ketika dan saat,insyaAllah Allah akan sentiasa bersama kita dalam apa keadaan sekalipun.. kita mungkin akan lupa al Khaliq kita sesaat malah mungkin sehari,seminggu atau berbulan-bulan..tapi ingatlah,Allah tak akan lupakan kita walaupun sesaat..


sesuatu amalan yang asalnya hukumnya harus,tetapi apabila kita niatkan dalam hati dan ikhlaskan dalam diri semata mata kerana Allah,maka kita akan mendapat pahala..Allah itu maha penyanyang,apa yang kita lakukan pasti akan ada ganjaranNya..


apa yang saya mahu coretkan di sini ialah tentang pandangan peribadi saya tentang pemakaian purdah atau niqab bagi kaum hawa.. sepanjang pembacaan saya mengenai isu ini,ada hukum yang mengharuskan dan mewajibkan pemakaiannya bagi kaum hawa..tapi apa yang saya dapat simpulkan kat sini,terdapat banyak pandangan ulama' yang lebih mengharuskan dari mewajibkan...


pada pandangan saya,purdah memang tak wajib pakai,tapi ia perlu bagi wanita untuk menjaga keselamatan dan sebagai perisai untuk diri..dan juga ingin menyelamatkan pandangan mata bagi orang-orang lelaki..sebelum kita melakukan sesuatu itu haruslah perlu ada niat dan sebab mengapa kita lakukan itu..pndangan syu,kalau seseorg tu bpurdah kerana ingin cntik,dia akan dapat apa yg dia inginkan..Jadi, jika yang diniatkannya itu untuk cntik,contohnya ada sesetengah wanita yang mana apabila dia memakai purdah,baginya dia akan nampak lebih lawa dari tidak memakai purdah kerana matanya yang dihias dan cantik.. maka dia dapatlah apa yg diniatkan itu, iaitu dapat dilihat orang kecantikannya dan tidak dapat pahala langsung.. Dan juga contohnya krana kononnya untuk meningkatkan peluang dipinang dan dinikahi lelaki2 soleh, maka tidaklah dia dapat pahala...Sebaliknya jika dia niatkan untuk Allah dan Rasulnya, atau untuk mndekatkan diri kpd Al-Khaliq maka pahalalah yang dia dapat..saya harap apa yang saya niatkan ini bukan hanya suka2 atau mahu memikat lelaki yang nampak soleh...sbbnya Allah dah janji,lelaki yg baik untuk prempuan yg baik..begitu juga sbliknya..saya yakin itu..


mungkin ada org akan pndang serong bagi orang yang bpurdah secara tiba2..mungkin ada yg mengaggap mahu menunjuk2 atau mahu dilihat solehah..bagi saya,pedulikan apa yg org kata..Allah tahu apa yg tersirat di hati hambanya..apalah sgt yang ada dengan pndangan manusia..org lain bukannya akan bersama kita spnjang masa pun,tp Allah akan bersama kita setiap masa..secara jujurnya bagi saya,kalau pakaian terjaga,automatik  saya akan malu untuk melakukan maksiat..huhu cntohnya kluar dgn lelaki dll..biarlah kita hidup dengan imej pilihan kita ..asalkan bhagia hehe.tapi apa yang kita tampilkan haruslah selari dengan ibadah yang dilakukan dan akhlak yang dibawa...
di sini,apa yang dapat saya kongsikan kenapa berpurdah ialah kerana:


1.Lillahi ta'ala~ikhlaskan diri kerana Allah,insyaAllah akan istiqamah..
2.benda ni bukan bida'ah kan,jadi tak salah kalau kita nak pakai
3. tetapkan prinsip nak berjaya dunia dan akhirat..~insyaallah dengan menjaga pakaian dan imej kita,kita akan malu nak melakukan maksiat dan akan berusaha nak buat ibadat..contoh kalau kita nak buat maksiat mesti kita akan fikir "eh,aku pakai macam ni,takkan nak buat benda ni kot"..secara tak langsung kita dapat pelihara diri kita..~kita nak berjaya dunia dan akhirat kan?ingat ok,jangan aggap bepurdah sebagai penghalang kita nak berjaya didunia..apa yang kita cita2 kan,kalau kita usaha dan sabar kita akan dapat apa yang kita nak.. kejayaan di dunia bukan menjamin kejayaan di akhirat, tapi kejayaan di dunia dapat membantu untuk memperoleh kejayaan di akhirat..kita kena ingat tu..saya faham situasi kita yang nak pakai purdah..banyak halangan dan dugaan kan? contoh bagi student kan,tak semua insitusi pengajian kita benarkan wanita bepurdah...dan tempat2 kerja,tak semua majikan akan terima wanita bepurdah..tapi kita jangan salahkan semua itu..kalau kita tekad nak pakai,pakailah di luar kampus atau luar waktu bekerja..tapi mungkin kalian akan fikir apa orang kata nanti untuk wanita yg bepurdah kadang2..apa yang saya nak tekankan kat sini,plzz dan tolonglah jangan pedulikan apa yang orang kata..kadang2 tak semua perkara kita perlu dengar pandangan orang,jika kita tahu apa yang kita lakukan itu tak melanggar syariat,TERUSKAN..anggap ini sebagai jihad dalam diri untuk merubah diri dan meningkatkan amalan kebaikan kepada yang lebih baik...JUST BE YOURSELF AND TRUST TO ALLAH..
4.sbb lain bila bpurdah,rasa bersemangat nak beribadah setiap malam,(walaupun kadang tu tak jaga juga tme thjud hehe nak buat cmna tk jga kan huhu) tapi kita kena ingat,utamakan yang wajib..penuhi yang wajib dulu..insyaAllah,tanda2 amalan kita diterima ialah apabila kita dapat mencegah diri daripada melakukan kemungkaran..apa yang saya nak kongsikan kat sini,niatkan dalam hati dan tekad nak bangun tahajud pada tiap2 malam..tapi sebelum tu kita kena lah bersihkan hati dulu,bebas dari maksiat hati..pengalaman peribadi,sebelum ni saya pernah juga bercinta,tapi tak lah kluar dating..huhu masa tu,rasa susah nak bangun untuk ibadah malam,jarang2 dan kadang2..dalam sebulan tu mesti saya akan tinggal ibadah malam berhari2... tapi setelah saya tinggalkan 'dia' dan memilih cinta Dia,segala galanya beransur berubah dan menjadi lebih baik..malah saya bahagia dengan hidup saya sekarang..moga istiqamah..perkongsian ini bukan untuk bertujuan riak,nauzubillah..tapi untuk perkongsian moga kita semua dapat hindarkan maksiat hati..saya juga pernah melampaui batas terhadap diri sendiri..bukan bermakna disini,kita tak boleh langsung bergaul,tapi percakapan kelakuan dan segalanya perlulah dijaga..


5. saya sedar,iman yang ada amatlah tipis..at least,dengan perubahan yang kita lakukan dapat memimpin kita untuk berusaha menjadi lebih baik dan sempurna dalam setiap ibadah yang kita lakukan..saya rasa cabaran bg org yg bpurdah ni besar..dalam melakukan suruhan Allah dan cuba istiqamah dalam ibadat,banyak jugak dikelilingi syaitan yg suruh buat maksiat dan salah..manusia ni bukannya maksum atau bebas dari dosa..org yg bpurdah juga ada juga kesilapannya..kalau orang pndang serong bila org bpurdah buat salah,pntang buat salah dah dipulau,di caci dll..saya tak stju cara tu..cuma pkai purdah org anggap dia tu dah btaqwa pada Allah.. owh senangnya hidup..cuma pkai purdah jela..tk payah buat ibadat dah! huhu..


ingat,manusia ni sama ja..apa yg beza ketaqwaan di sisi Allah..bukan pkaian,bangsa dan keturunan jaminannya..


secara peribadinya,bpurdah adalah keperluan identiti seseorg..kalau nak tutup apa salahnya dari buka sana sini..huhu~~apa yg penting,hati niat kerana apa nak lakukan smua ni..
akhir kata,don't judge a book by its cover..yang penting jd diri sendiri...yakin..just b yourself n trust to Allah..ingat,Allah bersama kita dan tahu apa yg ada ada setiap dalam hati hambanya,tak boleh tipu punya hehe pencipta kita tk pndang labuhnya tudung,pnjngnya jggut,labuhnya jubah atau purdah yg di pkai..tapi bg syu,apa yg kita tampilkan adalah kehendak hati kita..apa yang saya sampaikan bukan bermakna saya lah yang terbaik dalam kalangan kalian,tapi sekadar perkongsian dan memotivasikan diri supaya lebih baik..kepada si pemakai purdah,teruskan moga istiqamah..
dari:~~syuhaidah.

1 comment:

  1. Emm,awak ada cara tak untuk soalan saya..Saya nak berpurdah,tapi saya nak jadi doktor pakar,dan mak ayah saya tak benarkan saya berpurdah..kalau ada jalan yang awak boleh share kan pada saya...Terima kasih ya...☺️

    ReplyDelete