Sunday 7 August 2011

Bagaimana nak elak maksiat?


Assalamualaikum w.b.t... Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Disini saya ingin kongsikan pembacaan saya mengenai bagaimana kita nak elakkan diri daripada melakukan maksiat..cuba try practice dan amalkan..setiap amalan ada ganjarannya~ 
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. 

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."
Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.

Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.

Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65.

1)Menjaga Mata Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2)Menjaga Telinga Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."

3)Menjaga lidah Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.

4)Menjaga perut Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

5)Menjaga Kemaluan Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.

6)Menjaga Dua Tangan Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7)Menjaga Dua Kaki Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.

Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.

Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.. - - "Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)

wasiat si suami~

Wasiat terakhir suami...
===============


Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...
Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...
Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."
Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."
Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."
Isteri: "Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?!
Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya
bertanya.
Hadi: "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun


bersamamu.."


p/s:kepada si isteri dan si suami,sepanjang hidup bersama cubalah sedaya upaya anda untuk bahagiakan pasangan anda~ setiap amalan ada ganjarannya..:)

kucing curi ikan~


KUCING
======
Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan
ikan... dan mencuri seekor ikan tenggiri.. Penjual ikan lalu pergi ke
pejabat pakar konselor tadi dan bertanya: Kalau seekor kucing yang dilepas
dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk
menuntut ganti rugi dari pemiliknya?" "Tentu saja!" jawab pakar konselor...

Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus...kalau begitu encik harus
membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing
encik dari kedai saya tadi pagi." Pakar konselor tanpa sepatah katapun
terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut...

Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari petisurat
rumahnya..dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut....
kandungannya:

"RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"

tidur~


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa
lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur
mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan
jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang
dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang
paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau
terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang
yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang
diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala
mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah
cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya,
jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi
SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib
baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20
kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air
liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan
selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai
orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian)tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah
syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah
kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya
dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati
syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34
X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh
badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak
terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia
bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2
rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan
halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun
tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke
kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal,
semuanya mudah untuk dilakukan.
Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream
sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan
sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap
terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat,
ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur.

Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya
Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup
aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa
membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah
isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk
bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan
marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat"
mereka ketika kita bersetubuh dulu.


Wednesday 3 August 2011

kelebihan solat~~>islam dan sains


Kita mudah memperuntukan 24 jam sehari untuk makan, berkerja, belajar, berseronok, dengan keluarga atau rakan-rakan tetapi bila tiba bab solat,kadang-kadang ia jadi susah.tidak semena-mena tulang belakang jadi liat,kaki yang lincah melompat menjadi kendur. 

Bersolat adalah manifestasi kehambaan yang paling tinggi sebagai kaedah berkomunikasi secara intim antara seorang hamba dan Allah s.w.t. Rencana ini selanjutnya akan membincangkan tentang kebaikan yang terkandung di dalam air wudhuk, hikmah bersujud dan solat tahajjud.

Mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri manusia.

Angin dan air adalah unsur hidup kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu juga dengan makhluk-makhluk lain. Rahsia Kaabah yang mempunyai 'signal' yang paling kuat melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) juga memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air zam-zam dan batu hitam (hajarul aswad) di tepinya.

Hakikat niat yang dilakukan secara penyerahan adalah isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh. Hembusan daripada hidung yang mengeluarkan wap-wap air dengan kandungan karbon dioksida adalah cara memberi mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat. Perawatan menggunakan air adalah sunnah nabi. Mengambil air sembahyang atau kerap adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yang tidak dapat diselubungi oleh aura yang buruk dan merugikan.

Wudhuk sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan jasmani dan rohani. Mengekalkan wudhuk dapat memelihara semua deria atau pancaindera Muslimin daripada gelombangan jarak jauh yang melalaikan. Air wuduk memegang rahsia penyucian diri dan iman. Keimanan inilah yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dab tenang. Kuman atau unsur-unsur tenaga jahat dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhuk dan mandi.

Ketika mula bersolat atau qiyam, seluruh pemikiran akan dipusatkan. Konsentrasi akan diberikan kepada Allah dan lidah pula tenang mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Bak kata Prof. Zulkifli lagi," Kita akan switch segala saraf daripada simpatetik kepada para simpetetik." Selanjutnya, bersujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t ulama fiqh menggalakkan agar kita bersujud lebih lama.

Beberapa unsur positif yang bakal diperolehi sewaktu bernafas ketika sujud seperti berikut:
  • Membentulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.Melegakan sakit hernia. (burut)
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian pelvis.
  • Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari sujud. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • Mengurangkan kegemukan
Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ketempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. Ini mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepamkan darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Maha Pencipta sekalli gus mengikis sikap sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus 
menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

--------->saya kongsi apa yang saya dapat dan apa yang saya baca~apa pun solat fardhu itu wajib bagi setiap manusia yang bergelar muslim..ingat,setiap amalan ada ganjarannya~

tips doa mustajab



Ceramah umum oleh Ustaz Yusof Mamat dari JAWI. beliau telah menerangkan 5 daripada 10 panduan doa yang mustajab (doa yang diterima Allah S.W.T dengan cepat).

        1.Golongan orang yang terdesak -ditimpa oleh
          malapetaka. Bacakan ayat Seribu Dinar.

        2.Doa orang yang kena zalim-contohnya pergi masjid
          kasut hilang. Doakan yang baik kepada orang yang
          mengambilnya semoga dengan doa ini si polan itu
          boleh menjadi baik dan tidak melakukan perbuatan
          yang tidak disukai oleh Allah.

        3.Doa seorang bapa kepada anaknya. Doa bapa
          mudah dikabulkan oleh Allah. Bacakan surah
          Thaaha Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya
          sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak
          itu anak yang baik.

        4.Doa daripada seorang anak kepada kedua
          ibubapanya. Anak hendaklah sentiasa melihat
          kedua ibubapanya dengan senyum. Jika kita
          berbuat baik kepada kedua ibubapa, Insya Allah
          anak-anak kita akan berbakti kepada kita pula.
          Hendaklah selalu berhubung denga kedua ibubapa
          melalui telefon, jika tiada telefon berhubuglah
          dengan berdoa. Dengan cara berbaik-baik kepada
          kedua ibubapa ini beliau telah memberikan doa
          Nabi Zakaria tentang masalah susah mendapat
          zuriat. Doa tersebut bererti:

          (Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami dari
          sisi-MU keturunan(anak) yang baik;
          bahawasanya Engkau Tuhan yang sangat
          mendengar doa hamba-Mu).

        5.Doa seorang Muslim kepada saudaranya tanpa
          kehadirannya.



15 Maksiat Yang Menurunkan Bala


15 Maksiat Yang Menurunkan Bala”
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :
1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. zakat dijadikan hutang
4. suami memperturutkan kehendak isteri
5. anak derhaka terhadap ibunya;
6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka
10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. para artis-artis disanjung-sanjung
14. muzik banyak dimainkan
15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Keterangan :
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"