Sunday, 7 August 2011

Bagaimana nak elak maksiat?


Assalamualaikum w.b.t... Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Disini saya ingin kongsikan pembacaan saya mengenai bagaimana kita nak elakkan diri daripada melakukan maksiat..cuba try practice dan amalkan..setiap amalan ada ganjarannya~ 
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. 

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."
Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.

Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.

Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65.

1)Menjaga Mata Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2)Menjaga Telinga Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."

3)Menjaga lidah Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.

4)Menjaga perut Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

5)Menjaga Kemaluan Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.

6)Menjaga Dua Tangan Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7)Menjaga Dua Kaki Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.

Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.

Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.. - - "Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)

wasiat si suami~

Wasiat terakhir suami...
===============


Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...
Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...
Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."
Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."
Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."
Isteri: "Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?!
Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya
bertanya.
Hadi: "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun


bersamamu.."


p/s:kepada si isteri dan si suami,sepanjang hidup bersama cubalah sedaya upaya anda untuk bahagiakan pasangan anda~ setiap amalan ada ganjarannya..:)

kucing curi ikan~


KUCING
======
Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan
ikan... dan mencuri seekor ikan tenggiri.. Penjual ikan lalu pergi ke
pejabat pakar konselor tadi dan bertanya: Kalau seekor kucing yang dilepas
dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk
menuntut ganti rugi dari pemiliknya?" "Tentu saja!" jawab pakar konselor...

Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus...kalau begitu encik harus
membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing
encik dari kedai saya tadi pagi." Pakar konselor tanpa sepatah katapun
terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut...

Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari petisurat
rumahnya..dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut....
kandungannya:

"RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"

tidur~


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa
lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur
mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan
jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang
dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang
paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau
terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang
yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang
diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala
mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah
cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya,
jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi
SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib
baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20
kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air
liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan
selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai
orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian)tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah
syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah
kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya
dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati
syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34
X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh
badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak
terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia
bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2
rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan
halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun
tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke
kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal,
semuanya mudah untuk dilakukan.
Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream
sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan
sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap
terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat,
ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur.

Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya
Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup
aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa
membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah
isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk
bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan
marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat"
mereka ketika kita bersetubuh dulu.


Wednesday, 3 August 2011

kelebihan solat~~>islam dan sains


Kita mudah memperuntukan 24 jam sehari untuk makan, berkerja, belajar, berseronok, dengan keluarga atau rakan-rakan tetapi bila tiba bab solat,kadang-kadang ia jadi susah.tidak semena-mena tulang belakang jadi liat,kaki yang lincah melompat menjadi kendur. 

Bersolat adalah manifestasi kehambaan yang paling tinggi sebagai kaedah berkomunikasi secara intim antara seorang hamba dan Allah s.w.t. Rencana ini selanjutnya akan membincangkan tentang kebaikan yang terkandung di dalam air wudhuk, hikmah bersujud dan solat tahajjud.

Mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri manusia.

Angin dan air adalah unsur hidup kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu juga dengan makhluk-makhluk lain. Rahsia Kaabah yang mempunyai 'signal' yang paling kuat melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) juga memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air zam-zam dan batu hitam (hajarul aswad) di tepinya.

Hakikat niat yang dilakukan secara penyerahan adalah isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh. Hembusan daripada hidung yang mengeluarkan wap-wap air dengan kandungan karbon dioksida adalah cara memberi mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat. Perawatan menggunakan air adalah sunnah nabi. Mengambil air sembahyang atau kerap adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yang tidak dapat diselubungi oleh aura yang buruk dan merugikan.

Wudhuk sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan jasmani dan rohani. Mengekalkan wudhuk dapat memelihara semua deria atau pancaindera Muslimin daripada gelombangan jarak jauh yang melalaikan. Air wuduk memegang rahsia penyucian diri dan iman. Keimanan inilah yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dab tenang. Kuman atau unsur-unsur tenaga jahat dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhuk dan mandi.

Ketika mula bersolat atau qiyam, seluruh pemikiran akan dipusatkan. Konsentrasi akan diberikan kepada Allah dan lidah pula tenang mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Bak kata Prof. Zulkifli lagi," Kita akan switch segala saraf daripada simpatetik kepada para simpetetik." Selanjutnya, bersujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t ulama fiqh menggalakkan agar kita bersujud lebih lama.

Beberapa unsur positif yang bakal diperolehi sewaktu bernafas ketika sujud seperti berikut:
  • Membentulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.Melegakan sakit hernia. (burut)
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian pelvis.
  • Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari sujud. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • Mengurangkan kegemukan
Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ketempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. Ini mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepamkan darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Maha Pencipta sekalli gus mengikis sikap sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus 
menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

--------->saya kongsi apa yang saya dapat dan apa yang saya baca~apa pun solat fardhu itu wajib bagi setiap manusia yang bergelar muslim..ingat,setiap amalan ada ganjarannya~

tips doa mustajab



Ceramah umum oleh Ustaz Yusof Mamat dari JAWI. beliau telah menerangkan 5 daripada 10 panduan doa yang mustajab (doa yang diterima Allah S.W.T dengan cepat).

        1.Golongan orang yang terdesak -ditimpa oleh
          malapetaka. Bacakan ayat Seribu Dinar.

        2.Doa orang yang kena zalim-contohnya pergi masjid
          kasut hilang. Doakan yang baik kepada orang yang
          mengambilnya semoga dengan doa ini si polan itu
          boleh menjadi baik dan tidak melakukan perbuatan
          yang tidak disukai oleh Allah.

        3.Doa seorang bapa kepada anaknya. Doa bapa
          mudah dikabulkan oleh Allah. Bacakan surah
          Thaaha Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya
          sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak
          itu anak yang baik.

        4.Doa daripada seorang anak kepada kedua
          ibubapanya. Anak hendaklah sentiasa melihat
          kedua ibubapanya dengan senyum. Jika kita
          berbuat baik kepada kedua ibubapa, Insya Allah
          anak-anak kita akan berbakti kepada kita pula.
          Hendaklah selalu berhubung denga kedua ibubapa
          melalui telefon, jika tiada telefon berhubuglah
          dengan berdoa. Dengan cara berbaik-baik kepada
          kedua ibubapa ini beliau telah memberikan doa
          Nabi Zakaria tentang masalah susah mendapat
          zuriat. Doa tersebut bererti:

          (Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami dari
          sisi-MU keturunan(anak) yang baik;
          bahawasanya Engkau Tuhan yang sangat
          mendengar doa hamba-Mu).

        5.Doa seorang Muslim kepada saudaranya tanpa
          kehadirannya.



15 Maksiat Yang Menurunkan Bala


15 Maksiat Yang Menurunkan Bala”
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :
1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. zakat dijadikan hutang
4. suami memperturutkan kehendak isteri
5. anak derhaka terhadap ibunya;
6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka
10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. para artis-artis disanjung-sanjung
14. muzik banyak dimainkan
15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Keterangan :
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Tuesday, 2 August 2011

kenapa tak bahagia??ni laa sebabnya~~


Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sapa nak dekat kalau asyik nak marah aja..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punya..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)


** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah,dlm semak ada duri,ayam kuning buat sarang,org tamak selalu rugi,cam anjing ngan bayang-bayang

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnya time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..cool jaa taw!!)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)hehe..pasal semua org ada egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada(harta,ilmu amal dll)


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian .

Nota: ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

p/s: hilangkan sifat mazmumah dalam diri kita dan tanam serta suburkan sifat mahmudah ---> try, cuba, practice dan kekalkan!!!Di manakah kedudukan anda.....pastikan anda berubah....
senyum tak perlu kata apa~ ^_________^

nilai kasih ibu~


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si
anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00


JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat
yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai
Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari
ku?"Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali),
kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.

Ingatlah: Pengorbanan seorang ibu terlalu tinggi nilainya......dan tidak dapat dinilai dengan harta benda...Ingatlah sahabatku...Syurga seorang anak adalah di telapak kaki ibunya..

kisah pak Ali tukang kayu


Cerita LAWAK je.....

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila
lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh
dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: I nikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
ketiga
tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama
bersama isterinya.
Kali ni isterinye pulak yang jatuh kedalam tasik. Pak Ali susah hati.
Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah

"Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi
tamak"

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab

"Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau
akan bawakan pula Britney Spears... kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah
kau bawakan isteriku... bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga
padaku. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"

Sunday, 31 July 2011

✿ܓ cantikkah aku?



✿ܓ Perempuan yang tak cantik, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbgi manis..

✿ܓ Perempuan yang tak kaya, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbgi seorang yg redha..

✿ܓ Perempuan yang keturunan tak berdarjat, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sbgi seorang yg rendah diri..

✿ܓ Perempuan yang tak pandai, tapi kerana agama, kau akan nampak dia sbgi seorang ibu mithali..



✿•*¨`*• ..✿•*. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•**•✿ .*¨`*•✿.• . . ✿ •*¨`*•...✿•*¸(¯`v´¯)¸.•´*¨ `*•✿ .
Ramai lelaki tampan yg tertarik dan terpesona dengan wanita yg kurang cantik kerana memilikii HATI yang cantik... ♥ Tidak sedikit pula perempuan yg CANTIK ditinggalkan oleh lelaki kerana busuk hatinya~~ KECANTIKAN sejati bukan pada wajah yg cantik,tetapi CAnTIK dalam hati... 

♥ ✿•*¨`*• ..✿•*. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•**•✿ .*¨`*•✿.• . . ✿ •*¨`*•...✿•*¸(¯`v´¯)¸.•´*¨ `*•✿ . 

MutiAra HadiS Ramadhan


Abu Hurairah melaporkan rasulullah SAW berkata,

"Umatku telah dikurniakan dgn lima perkara yg istimewa yg belum pernah diberikan kpd sesiapa pun sebelum mereka iaitu,
1.Bau mulut drpd seorang Islam yg berpuasa adalah lebih harum di sisi ALLAH drpd bau haruman kasturi.
2. Ikan2 di lautan memohon keampunan ke atas mereka shgga mereka berbuka puasa.
3. ALLAH mempersiapkan serta menghiasi syurga yang khas setiap hari dan kemudian berkata kepadanya , "Masanya hampir tiba ketika hamba-hamba-Ku yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar ( di dunia ) dan akan mendatangimu ."
4.pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.
5.pada malam terakhir Ramadhan ( orang-orang yang berpuasa ini ) akan diampunkan.

‎" Terdapat 3 jenis orang yg doanya tidak ditolak: doa orang yang berpuasa shingga dia berbuka puasa, imam (penguasa) yang adil dan orang yang dizalimi kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu2 langit dan Allah berkata "Aku bersumpah demi kemuliaanKu,sesungguhnya Aku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti"" (HR:Abu Hurairah)

-----------> banyakkan berdoa moga diampunkan segala dosa yang lepas2 yang disengajakan dan yg tersembunyi...Allah itu maha pengampun..



Ubadah bin somit melaporkan rasulullah s.a.w bersabda, pada suatu ketika RAMADHAN hampir menjelang....

"Datang kepadamu bulan RAMADHAN, yang mana Allah melimpah ruahkan didalamnya dgan keberkatan, menurunkan rahmat,mengampuni dosa kamu, melihat perlumbaan kamu memperolehi kebaikan yg besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat2.. maka tunjukkanlah kepada Allah kebaikan daripadamu. Sesungguhnya org yg bernasib malang adalah org yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Sunday, 24 July 2011

inikah yang dinamakan CINTA???????

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya?
jika anak yang dibuang itu bertanya...


Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?



Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?



Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?




Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?


Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?




Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?



Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?



adik cuma nak tanya je bu.....
p/s: sedih,pilu nyilu,kesian..semua perasaan ada bila lihat bayi2 yang tak bersalah dibuang merata2...hmm,ini laa dunia sekarang..antara hikmah yg tersembunyi,semua ni dapat menjadi pengajaran kepada semua mawar2 yang berada di luar sana..moga kita semua dapat jauhi dari semua ni...hmm kesian baby yang terbuang ni..:(


ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG


♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥

ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG

♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥


_____$$$$$
____$$$$$
___$$$$$$$
____$$$$$......*~*~*
_____$$$......~~~
____$$$$$....~~~
__$$$$$$$$$~~~~
_$$$$$$$$$$$~~~~
$$$$$$$$$$$$~~~~
$$$$$$$$$$$$~~~~~
$$$$$$$$$$$$~~ ~~~
$$$$$$$$$$$$$~~~~~
_$$$$$$$$$~*$$~~~~~
__$$$$$$$$~*~*$$~~~~
__$$$$$$$$*~*~*$$~~~
__$$$$$$$$$~*~*~*~~
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$*~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$ ~*~*~*~*~*~*
__$$$$$$~*~*~*~*~*~ *~*~*
__$$$$~*~*~~*~*~*~*~*~*~*
__$$$~*~*~*~ *~*~*~*~*~*~*~*~
__$$~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
__$$~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~
___~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~*~*
____~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~**
_________~*~*~*~*~*~*~* ~*~*
________________*~*~*~**________________​_
░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Krana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Yaitu anak yang soleh dan solehah

Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku

Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau bisa mencintai aku apa adanya

Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan

kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Karena..

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

(¯`v´¯) Buat Bakal IMAM Ku ♥_♥

Saturday, 23 July 2011

Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan




Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak
dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri  kamu  ada
tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat  kedua tapak
tangan dan  perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di
tangan  kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan  tangan kanan 1
dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama  Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw
akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan
nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3
macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri.
Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang
dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first
process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber
mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari
kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah
maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat
untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang
paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first
line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu
GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum
makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun
akan musnah dari sumber makanan itu. 



4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air
H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu
menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum
seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina,
dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia
akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan
penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan
dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat
mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya
dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah
kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina
hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan
beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya,
dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan
tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu
hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.
Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang
diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi
(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh
para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah
sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi,
ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and
unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya
seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan
antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki,
Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam
tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah TOLONG SEBARKAN DAN
JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI... " Berbudi selagi perlu,Berukhuwah
selagi mampu " 



p/s: pesanan seorang sahabat------->copy paste jer ni..hehe