Wednesday, 3 August 2011

kelebihan solat~~>islam dan sains


Kita mudah memperuntukan 24 jam sehari untuk makan, berkerja, belajar, berseronok, dengan keluarga atau rakan-rakan tetapi bila tiba bab solat,kadang-kadang ia jadi susah.tidak semena-mena tulang belakang jadi liat,kaki yang lincah melompat menjadi kendur. 

Bersolat adalah manifestasi kehambaan yang paling tinggi sebagai kaedah berkomunikasi secara intim antara seorang hamba dan Allah s.w.t. Rencana ini selanjutnya akan membincangkan tentang kebaikan yang terkandung di dalam air wudhuk, hikmah bersujud dan solat tahajjud.

Mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri manusia.

Angin dan air adalah unsur hidup kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu juga dengan makhluk-makhluk lain. Rahsia Kaabah yang mempunyai 'signal' yang paling kuat melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) juga memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air zam-zam dan batu hitam (hajarul aswad) di tepinya.

Hakikat niat yang dilakukan secara penyerahan adalah isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh. Hembusan daripada hidung yang mengeluarkan wap-wap air dengan kandungan karbon dioksida adalah cara memberi mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat. Perawatan menggunakan air adalah sunnah nabi. Mengambil air sembahyang atau kerap adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yang tidak dapat diselubungi oleh aura yang buruk dan merugikan.

Wudhuk sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan jasmani dan rohani. Mengekalkan wudhuk dapat memelihara semua deria atau pancaindera Muslimin daripada gelombangan jarak jauh yang melalaikan. Air wuduk memegang rahsia penyucian diri dan iman. Keimanan inilah yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dab tenang. Kuman atau unsur-unsur tenaga jahat dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhuk dan mandi.

Ketika mula bersolat atau qiyam, seluruh pemikiran akan dipusatkan. Konsentrasi akan diberikan kepada Allah dan lidah pula tenang mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Bak kata Prof. Zulkifli lagi," Kita akan switch segala saraf daripada simpatetik kepada para simpetetik." Selanjutnya, bersujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t ulama fiqh menggalakkan agar kita bersujud lebih lama.

Beberapa unsur positif yang bakal diperolehi sewaktu bernafas ketika sujud seperti berikut:
  • Membentulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.Melegakan sakit hernia. (burut)
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian pelvis.
  • Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari sujud. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • Mengurangkan kegemukan
Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ketempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. Ini mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepamkan darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Maha Pencipta sekalli gus mengikis sikap sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus 
menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

--------->saya kongsi apa yang saya dapat dan apa yang saya baca~apa pun solat fardhu itu wajib bagi setiap manusia yang bergelar muslim..ingat,setiap amalan ada ganjarannya~

No comments:

Post a Comment