Sunday 7 August 2011

tidur~


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa
lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur
mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan
jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang
dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang
paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau
terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang
yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang
diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala
mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah
cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya,
jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi
SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib
baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20
kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air
liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan
selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai
orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian)tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah
syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah
kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya
dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati
syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34
X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh
badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak
terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia
bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2
rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan
halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun
tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke
kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal,
semuanya mudah untuk dilakukan.
Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream
sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan
sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap
terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat,
ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur.

Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya
Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup
aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa
membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah
isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk
bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan
marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat"
mereka ketika kita bersetubuh dulu.


No comments:

Post a Comment