Friday, 10 June 2011

Ku Utus Surat untuk Si Dia..

WARKAH UNTUKMU 
walaupun ku tak tahu siapa kamu dan dimana kamu sekarang..
bismillahirrohmanirrahim..
✿•*¨`*• ..✿•*. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•**•✿ .*¨`*•✿.•
. . ✿ •*¨`*•...✿•*¸(¯`v´¯)¸.•´*¨ `*•✿ . *¨`*•✿. . ✿ •*¨`*• 


♥ ♥ kita berkenalan hanya di muka buku..kau bg 'hint' untukku terima mu..namun aku tak bisa kerana aku memang tak boleh menerima dirimu..ini hanya di alam maya..ada yg terbaik untukmu..banyak persoaln yg bermain di fikiranku setelah itu..setiap yg berlaku pasti ada kebaikannya..cinta melalui muka buku bukan pilihan hatiku..harap dirimu megerti..laman muka buku yang ku buka hanya untuk bershbat dan mencari ilmu..bukan jodoh yg ku cari..aku berkata begini bukan bermakna diriku adalah yang terbaik dan paling solehah..aku juga pernah melampaui batas terhadap diri sendiri..ku menulis nota ini kerana ku tak tahu bagaimana nak memberitahu dirimu..malu dengan diri sendiri kerana membalas mesej2 darimu..kerana niatku ketika ku mahu buka "muka buku" ku tak mahu terlibat dengan cinta muka buku di alam maya..ku mahu menjaga hubunganku dengan bukan mahramku walaupun di alam maya..setelah istikarah yg kulakukan,ku pasti dirimu bukan untukku..pada satu hari aku terbaca nota seorang wanita yang betul2 sama apa yang aku mahu luahkan kepada semua orang yang bukan mahramku..ku sertakan nota tu di sini, biar nota itu yang meluahkan isi hatiku..hanya itu yang aku mampu.........



".....Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang  khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”



Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai wanita aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau,suamiku.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.


Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,
Bakal isterimu.............."


apa yang tertulis di atas,itulah yang aku mahu luahkan untukmu..harap dirimu mengerti..ku tahu diriku bukan secantik gadis kayangan impian setiap lelaki..aku menolak cintamu bukan bermakna aku ego atau berbangga dengan statusku sebagai wanita..tapi jodoh dari ilahi yang ku tunggu..janji Allah itu pasti dan semestinya benar...ku tunggu lelaki betul2 suamiku yg selayaknya buat diriku yang sederhana ini..biarlah aku dianggap kolot sekalipon kerana tak mahu bercinta.."cinta monyet" waktu zaman persekolahan ku biarlah berlalu pergi,biarlah cinta yang berpaksikan ilahi yg datang.. moga Allah merahmati kalian..ku tunggu si dia,suamiku!!!!

wallahualam

by: Nur syuhaidah 





Thursday, 9 June 2011

PERMATA HATIKU~~ IBU DAN AYAH..


PERMATA HATIKU~~ IBU DAN AYAH.. 
Kekasihku di dunia,insyaAllah di akhirat jua…

✿•*¨`*• ..✿•*. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•**•✿ .*¨`*•✿.•
. . ✿ •*¨`*•...✿•*¸(¯`v´¯)¸.•´*¨ `*•✿ . *¨`*•✿
. . ✿ •*¨`*• Subhanallah, سبحان الله. . ✿ •*¨`*•
... …….…………... •.¸.•´ ………….……… ..✿•*¨`*•✿
✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿

Tak tergambar perasaan hati ini bila terpaksa berjauhan dengan keluarga..sejak dari bangku sekolah lagi diriku belum pernah berjauhan dengan mak dan ayah..kalau zaman sekolah dulu, pilih sekolah yg paling dekat dengan umah..sek menengah dato’ syed ahmad..alhamdulillah sekarang dah jadi sek cluster kecemerlangan..:) berbunga hati ni bila dapat tahu sekolah ku dulu dah jd sekolah cemerlang..walaupun kawasan luar bandar..hehe

**hari penyampaian pingat daripda sultan kedah,di istana anak bukit..

Bila habis spm masuk university..alhamdulillah naseb baik dapat dekat..pertama kali pengalamanku tinggal berjauhan dgn family..sebelum ni kalau paling lama pon setakat seminggu dua ja,tu pun pergi lawatan sek atau kem apa2..hehe Alhamdulillah, Allah telah merancang yang terbaik untukku… sebelum masuk university, dapat plkn..tp dekat jer..plkn kem rekreasi belia,Baling..still dalam area kedah..ini bermakna diriku ada pengalaman 3 bulan berjauhan dengan mak dan ayah.. itu pon rasanya macam dah 3 tahun..bertapa lamanya rasa bila ada dalam kem tu.. bila malam teringat dekat mak ayah..huhu menangis sorang2 bila pagi ja,awal2 lagi pergi cari public phone..maklumlah dekat sana hanya boleh guna henset sminggu sekali jer..lagipun masa dekat plkn jadual sgt lah padat.. pilu hati ini hanya tuhan yang tahu,bertapa rindunyaa pada mak ayah.. bila cakap phone,confirm nagis…duit syiling mesti spare punya banyak2..hehe <3 <3 huhu sayangnya aku terhadap mak dan ayah hanya tuhan yg tahu.. doaku smoga Allah sentiasa melindungi ibubapaku dan meredhai mereka..

                    **sumber inspirasiku...ayah,adik sayang ayh sangat..

Berbalik pada pengalamanku 1st time masuk U dan berjauhan dengan keluarga, Ya Allah, hanya tuhan yg tahu..sedih pilu nyilu semua ada lah..niat akau berlajar kerana Allah dan ingin mencari ilmu sebanyak mungkin..terpaksa berjauhan dgn keluarga.. bila di university, mak ayah slalu bagi semangat dan pesan..belajar rajin2..betulkan niat..mak cakap “mak tak dapat jaga adik sepanjang masa,tpi Allah akan dapat jaga adik sepanjang masa..ingat pesan mak ni,jgn tinggal smbhyg (solat)..berdoa..usaha sampai Berjaya..kalau dah usaha tak dapat apa kita nak,ada lagi yg lebih baik”..menitis airmataku saat mak dan ayah menghantarku ke university hari pertama dulu..menggunung harapan mereka terhadapku..aku tak mampu nak balas semua kebaikan dan pengorbanan ibubapaku.. hanya yg aku mampu lakukan,berdoa setiap hari untuk mereka..dari kecil sampai besar, mak dan ayah sabar dengan kerenahku.. akulah anak yg paling macam-macam berbanding dengan adik beradik yang lain…

Alhamdulillah,kehidupanku cukup sempurna dengan keluargaku..mak ayah yg penyanyg, abang2 yg baik dan kak yg sangat penyabar..

Mak ayah,saat menaip nota ini,diri ini teramatttt rindukan kalian..menitis airmata kerinduan..walaupun secara puratanya hari2 cakap dengan mak ayah di telefon,tapi apa kan daya..hati ini milik ilahi..dan kerinduan ini Allah yg cetuskan..mungkin ini yg dikatakan kasih sayang antara ibubapa dan anak2..

Jauh di sudut hati, teringin sangat nak mengerjakan haji dan umrah bersama kalian..moga Allah makbulkan doaku ini..<3 mak ayah,anakmu ini nur syuhaidah sangatlah bersyukur sebab dikurniakan ibubapa seperti kalian.. sepanjang kehidupanku bersama kalian,tak pernah sekalupun rasa diri ini kekurangan..Alhamdulillah ya Allah..syukur..

Mak ayah, walaupun kalian tak tahu apa2 tentang internet..tp cheq nak tulis jugak disini yang anakmu ini teramat menyayangi kalian..i love u all so much!!!! hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian terhadap diri ini.. <3 <3 <3
    **rasa macam nak lari balik umah ja sekarang ni,nak peluk mak ayah..huhu

.. <3 pesan ayah,patah sayap bertongkatkan paruh,gunung yang tinggi tetap kudaki...ayah pesan,usaha doa dan tawakkal tu penting...ingat!!


jgn kita membenci seseorg kalau kita tk nak d benci..♥
jgn curang bila dah bkahwin kalau kita xnak d curangi..♥ jgn sakiti hati org kalau kita xnak d sakiti..♥jgn mungkir janji pd seseorg kalau kita xnak d mungkiri..♥jd anak yg soleh@solehah, nanti ank2 kita akn jd soleh@solehah.. ♥slalu mendoakn ibubpa kita, nanti ank2 mendoakn kita ♥~~~ ♥ what we give, we will get back ♥

Monday, 23 May 2011

Allah sayang kita..


bersyukurlah apa yg kita ada pada hari ini..kalau kita gagal mendapatkan sesuatu apa yang kita inginkan pada hari ini,jangan bersedih!! La Tahzan!! ingat, apa yg kita rancang dan inginkan tak smua akan berlaku seperti apa yang kita harapkan..kalau kita hilang sesuatu,ingat kita masih ada berjuta nikmat lain yang Allah berikan kepada kita yg tak ternilai harganya..bnyakkan berzikir,kerana dengan mengingati Allah HATI akan mencari tenang.. ♥ ~ ♥ jangan mudah mengalah, itu bukan cara hidup kita..teruskan perjuangan..biarlah perjuangan yg kita lakukan seiring dengan niat yg baik kerana Allah..kalau kita ada masalah, merintih menangis dan mengadulah pada Allah..kerana Allah memahami apa yg ada di dalam hati setiap hambanya.. ♥ kalau kita mgadu pada kwn2,adik bradik dan sepupu spapat kita, kita belum tentu akan dapat ketenangan apa yg kita inginkan.. hidup kita ni tak lain tk bukan hanya untuk mencari keredhaan Allah.. jangan bersedih atas kekecewaan,kegagalan dalam hidup kita ni di dunia.. kesenangan kita di dunia belum tentu akan menjamin hidup kita di akhirat,tapi boleh membantu kita untuk bahagia dan berjaya di akhirat.. ♥ ~ ♥ berusaha lah kita untuk menjadi yg terbaik untuk agama, keluarga & masyarakat.. kalau kita gagal dalam sesuatu perkara tu bukan kita bermakna gagal untuk selamanya..usaha tu penting..kalau dah usaha tp masih belum berjaya,Allah telah merancang yg terbaik untuk kita.. tpi kalau tk usaha lain lah cerita hehehe ♥ ~ ♥ apa pon buat yg terbaik dalam hidup kita yg hanya persinggahan yg sementara ini.. kalau kita kejar dunia,dunia akan lari.. TAPI kalau kita kejar akhirat,dunia mengejar kita..


subhanallah ♥ maha suci Allah alhamdulillah ♥ segala puji bagi Allah lailahailallah ♥ tiada tuhan selain Allah allahuakbar ♥ Allah yg maha besar.. ikhlas dari hati: nur syuhaidah untuk muslimin dan muslimat yg dambakan kasih ilahi..secebis kata2 perangsang dalam perjuangan hidup ini untk saya dan kalian yg baca ♥ ~ ♥

Tuesday, 17 May 2011

Kebesaran Ilahi

**kalimah Allah pada telinga baby yang baru lahir..

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
**kawasan tsunami..lihat keliling masjid ini smuanya musnah,namun rumah Allah tetap utuh.. tiada siapa dan kuasa lain yang mampu melakukan ini selain Allah.. allahuakbar.. zikir lah bnyak2 menginbgati Allah, kerana dengan berzikir hati akan menjadi tenang.. :)

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! ".....dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

**kalimah Allah pada kelopak bunga..

p/s: apa yang ditentukan Allah oleh kita semuanya baik belaka..semuanya pasti ada hikmah disebalik apa yang yang berlaku.. Allah itu maha penyayang..sabarlah kalau kita menerima sebarang musibah atau ujian..Allah sentiasa bersama kita..ingat, ramai orang tewas kerana ujian kesenangan dan ramai orang yang berjaya kerana kesusahan yang pernah dihadapi.. banyakkan berzikir dan ingat Allah..try,cuba practice dan kekalkan..~ ~

edit by:) nur syuhaidah~






12 BARISAN DI AKHIRAT




Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.
WASSALAM.

BIODATA IBLIS


Nama :Iblis Laknatullah
Tarikh kelahiran :Bermula daripada keengganannya sujud kepadaNabi Adam a.s.
Pejabat operasi :Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Status diri :Fasik kelas pertama
Rakan kongsi :Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan manusia
Agama :Kufur.
Sumber pendapatan :Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan :Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah
Tempat tinggal di akhirat :Neraka Jahannam
Tempoh perkhidmatan :Sehingga hari kiamat
Kawasan :Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Matlamat Perjalanan :Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam
Arah perjalanan :Tiada haluan dan bengkang bengkok
Teman Sejawat :Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Isteri di dunia :Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan mentaati Allah, Rasul dan suaminya
Ganjaran :Dosa dan kemurkaan Allah
Kaum kerabat :Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Berkomunikasi dengan…Orang yang suka mengumpat, mencaci memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Modal pusingan :Angan-angan kosong
Makanan kegemaran :Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Tempat pertemuan :Pasar-pasar
Yang ditakuti :Orang mukmin yang bertakwa, beriman, dan beramal
Musuh ketat :Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Yang dibenci :Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Motto kerja :'Hipokrasi asas akhlak'
Alat perangkap :Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya

Kesukaannya :Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Saat ajal :Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Cita-cita :Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Janji-janji :Janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Kelemahannya :Bila orang membaca Istighfar
Yang membuatnya menangis :Bila orang sujud kepada Allah s.w.t
Lambang :Sebarang tatu 

5 PERKARA ELOK DISEBUT-SEBUT


          

        Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:  

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
 Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
     
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. 
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. 
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.
             Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?  Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
      
4.  Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
  Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).
             Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari  Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. 
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain.
Jangan menjaga tepi  kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api  neraka.

        Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat.    Amin...   

dipetik dari tazkirah mingguan~ ~