Tuesday, 17 May 2011

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh manusia


 Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk
bertemu Allah...


10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh
Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:


Bagaimana memudahkannya?


LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
kecil!)


LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala


LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati


LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH


LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat


LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk


LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram


LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH


LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.


LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

adakah kita smua sudah bersedia???

Setiap dari kita tahu tarikh lahir masing2 tetapi tidak tahu tarikh mati.. semakin kita dewasa dan menyambut ulang tahun kelahiran, bkn bermakna kita semakin matang tetapi kita sudah semakin dekat dgn sakaratul maut dan semakin hampir utk bertemu Pencipta kita.. sama ada kita mati beriman atau kufur dan samada kubur kita menjadi salah satu dr taman2 syurga ataupun salah satu dr lubang2 neraka..
sebak hati ini bila menjelang 13/05 tarikh lahir ku..makin dekat dengan tarikh kematianku..namun tk tahu bila dan dimana..Ya Allah,penuhi umurku yg akan datang dgn segala kebaikan dan kbajikan yg aku lakukan..tingkatkan amalan kebaikan ku seiring dengan penngkatan umurku~~~ amin ya robb..

Merawat Dan Memutih Wajah Dalam Islam


1.DENGAN BERWUDUK
Berdasarkan Al-Qur’an Surat Al-Maidah 6 :
“Hai orang orang yg beriman apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai dengan siku dan sapulah kepalamu dan tanganmu sampai dengan kedua mata kaki .
Ketika membasuh wajah dalam berwuduk
Ya Allah jadikanlah wajahku putih berseri di hari putihnya muka muka dan hitamnya muka muka”.
“Allahumma bayyidh wajhii yauma tabyadhdhu wujuuh wa taswaddu wujuuh”

2. Ketika bersikat / bercermin
Ya Allah sebagaimana Engkau menciptakan aku dengan sebaik baiknya, maka perbaikilah kelakuanku / akhlakku
“Allahumma kamaa hasanta kholqi fa hassin khuluqii”

3. Ketika dalam solat
Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi dengan lurus berserah diri dan aku bukanlah orang yang menyekutukan Allah.
“Wajahtu wajhiya lilladzi fathoros samaawaati wal ardho haniifan musliman wa maa ana minal musyrikiin”.
4.DENGAN SUJUD
“Sajada wajhi lilladzii kholaqohu wa showwarohu wa saqoo sam’ahu wa bashorohu fatabarokallahu ahsanul khooliqiin”.
Aku sujudkan wajahku kepada Zat yang menciptakannya dan memberikan rupa dan memberinya pendengaran dan penglihatan, Maha Berkat Allah Sebaik baik Pencipta.
5. DENGAN MEMBERI SALAM
Ketika kita mengucapkan “salam” kepada saudara kita sesama muslim, secara automatik wajah kita cerah/ berseri seri.
Hadis Nabi :
“Janganlah kamu memandang remeh kebaikan sekecil apapun, seperti kamu menemui sudaramu dengan wajah berseri seri”.
6. DENGAN MEMPERBANYAKKAN SENYUMAN
Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah.
“Tabassumuka fii wajhi akhiika sodaqoh”
Ketenangan hati kerana berzikir dan sujud membuat wajah kita mudah senyum, wajah kita damai, wajah merupakan jendela untuk melihat apa yang bergejolak di dalam hati.
7. DENGAN MENGHILANGKAN IRI DAN DENGKI
Orang yang di hatinya dipenuhi rasa iri dan dengki , tentunya akan sukar sekali tersenyum, bahkan mukanya akan selalu masam, berkerut, muram dan sinis.
Orang yang di hatinya bersih dari rasa iri dan dengki, akan berwajah tenang, tenteram, penuh senyuman dan penuh kelembutan.
8. DENGAN MENYAYANGI ANAK-ANAK YATIM
Dengan banyak bergaul, menyayangi dan menyantuni anak anak yatim/ piatu hati kita akan menjadi lembut. Dan kelembutan itu akan terpancar dari wajah kita, hingga wajah kita menjadi teduh dan enak dipandang orang.
HASIL PERAWATAN WAJAH
Di dunia wajah kita selalu cerah dan jernih mudah tersenyum, damai, teduh
Di hari kiamat : wajah kita jadi putih berseri pada hari di mana manusia terbagi menjadi dua golongan :
Golongan yang wajahnya putih berseri
Golongan yang wajahnya hitam
Di hari kiamat kita dikenali dengan bekas bekas sujud di wajah kita. ( ta’rifu fii wujuuhihim min atsaris sujud )


*copy paste dr email kak ipar hantar..

just be yourself, OK

kalau nak brubah kearah kebaikan,lakukan saja..selagi tak gaggu orang..pedulikan apa orang kata atau pandangan orang..:-)buatlah apa yang kita mahu selagi masih ada kudrat..yakinlah Allah bersamamu..tapi kalau dah berubah tu,biarlah ikhlas, jagan ikut orang..apa yg kita buat dan pakai biarlah seiringan..yg penting niat dalam hati tiap2 hari "aku mahu menambah ilmu,keimanan dan ketaqwaan kerana Allah ta'ala"..insyaAllah Allah akan permudahkan semuanya..=syu


Sunday, 1 May 2011

BIODATA DIRI

*nama penuh: Nur Syuhaidah Binti Samsudin, maksud nama saya cahaya madu lebah..hehe alhamdulillah, dengan harapan peribadi akan semanis madu lebah.. :-)
*asal: kuala nerang, kedah
*tempat lahir: alor star,kedah
*tarikh dilahirkan: 13/o5/1990 bersamaan dgn 17 syawal
*bilangan adik beradik: 7 tapi dah tinggal 6
*saya anak bongsu dalam keluarga,dilahirkan pada hari selasa, iaitu hari ke3 dalam bilangan hari..
Alhamdulillah,banyak perkara yang berlaku dan berkaitan dengan diri saya berkaitan dengan number dab benda2 ganjil.. syukur sangat..kalau nak cerita panjang ceritanya..huhu
*mendapat pendidikan awal di TADIKA PASTI, kuala nerang, kedah.. SEK REN KEB TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA(STAR),SEK MEN DATO' SYED AHMAD,kuala nerang,kedah.
sambung ke UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA,KEDAH dalam bidang accountancy.

*tujuan berblog: saya bukan nak cari publicity atau nama..niat saya dalam menulis blog ini, saya nak tambah ilmu dan sebarkan ilmu yang bermanfaat kepada kita semua. semoga usaha dan niat saya ini akan di bantu Allah. ada penulisan dalam blog ini bukan seratus peratus daripada saya. ada yang ambil daripada sumber2 lain..contohnya laman web,buku2 ilmiah,pengalaman dan banyak lagi. ada yang penulisan saya sendiri (dekat bawah posts akan tulis nukilan ori by: ) dan ada juga yang diedit hehe saya harap setiap ilmu yang saya perolehi, dapat saya sebarkan kepada kalian semua.. insyaAllah.

dengan menulis blog ini saya harap dapat menambahkan ilmu saya dalam bidang agama dan dapat meningkatkan keimanan,ketakwaan kepada Allah dan memperelok keperibadian kepada yang lebih baik
insyaAllah. kesilapan dalam penulisan saya haraplah dimaafkan..saya hanya hamba Allah yang tak terlepas daripada melakukan kesilapan. apa pun, yang penting setiap apa yang kita lakukan haruslah dengan niat yang betul.

niat kerana Allah, selagi benda yang kita lakukan tidak bertentangan dengan agama kita, teruskan.. yang penting Allah tahu apa yang tersirat di dalam setiap diri dan hati hambaNya. saya doakan semoga pembaca semua sentiasa berada dalam lindungan ilahi dan diberkati..akhir kata dari saya, just be yourself and trust to Allah. Allah SENTIASA BERSAMAMU~~~

nukilan ori by: syuhaidah

Kalimah Allah pada pokok kaktus


kalimah Allah pada pokok kaktus..


lagi, kalimah Allah terbentuk pada pokok kaktus..


kalimah Allah

kalimah Allah terbentuk pada bumi..dari pandangan satelit ke arah bumi.. subhanallah.. bukti kebesaran Allah.. adakah kita masih meragui islam?? wake up.. open your eyes to ISLAM!!!


kalimah Allah terbentuk pada awan... ingat Allah sentiasa bersama kita setiap saat.. just be yourself and trust to Allah s.w.t



kalimah Allah pada tangan kita.. lihat pula pada tapak tangan kita kiri dan kanan..ada tertulis IV pada sebelah kanan dan ^I pada sebelah kiri..ini number 18 dan 81 dalam arab..jika ditambah menjadi 99...
subhanallah, alasma ulhusna tu... bukti Allah sayang pada kita..

Alaska aurora

aurora yang terbentuk kalimah Allah..